Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang

Assalamualaikum wbt

'Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang'



Sebuah buku hasil pengumpulan artikel yang ditulis di dalam The Malaysian Insider. Buku yang dah agak lama juga habis dibaca. Cuma tak berapa nak tinggalkan kesan yang mendalam. Kalau bukan orang yang peka tentang isu-isu semasa, tiadalah faham akan apa yang ingin disampaikan.

Terlampau banyak pertikaian yang dibangkitkan berkenaan dengan hal-hal yang berlaku di Malaysia, especially pendidikan, which is a very very crucial and significant matter to the people in this country. Dan untuk aku, memang pembacaannya sedikit berat kerana penggunaan bahasa yang agak tinggi dan contoh-contoh yang bila semakin dibaca semakin tidak relevan. Contoh yang bagi aku terlampau jauh dan rumit. Ini serius. Tapi bagi aku, mungkin cara pemikiran aku yang masih belum cukup matang dan of course, tidak setaraf dengan pemikiran penulis.

Walau bagaimanapun, buku ini adalah satu usaha yang cukup baik kerana keberanian penulis dan kesungguhan beliau untuk membuka mata orang ramai akan kekurangan dan kelompongan sistem pendidikan di Malaysia. We hope the education system in our country can be refined and upgraded so that everyone can get the most of benefits in order to build a better society and country in the future.