Assalamualaikum wbt
Setiap kali kuliah, akan ada buku nota berwarna hijau bersama aku untuk aku catitkan segala apa yang perlu untuk rujukan semula. Dan setiap kali nota ini dibuka, setiap kali itulah aku akan membelek nota-nota kecil yang aku selitkan di buku ini, yang aku dapat melalui satu ceramah semester lepas. I've been wanting to share all of them for sooooo long time, but I always forgot. So here it is. To be shared by all of you.
Ceramah "Mujahadah Melawan Nafsu" --- Ustazah Nik Farhan bt Mustafa
Contohnya andai kita dengar orang guna perkataan kesat pada kita, maka kita bisikkan "Ya Allah, aku tidak suka dengan apa yang dia kata". Maka andai ada kesungguhan, Allah akan berikan kita kesabaran dengan izinNya. =)
Bila bermujahadah, kita berkata tentang perubahan. Perubahan yang baik. Maka penampilan luar itu seringkali dititikberatkan dahulu berbanding dengan yang di dalam. Sebenarnya, dahulukanlah perubahan pada hati, itu akan membantu untuk perubahan yang di luar pula. Namun tidak dinafikan juga ada sesetengah orang yang mendahulukan penampilan luaran yang baik, kerana itu pendorong dan peringatan baginya agar berkelakuan seperti pemakainnya juga.
Paling utama sekali adalah solat. Solatlah yang menjadi pengukur kita nanti. Ia yang pertama akan dihisab. Maka sematkan dalam diri setiap kali hendak solat, " Aku nak jumpa Allah ni!" dan buang sementara segala perkara duniawi yang bermain di minda. Ini membantu untuk mendapat kekhusyukan dalam solat.
Akhir sekali, gunakan senjata yang kita ada sebagai seorang muslim ------ doa. Never ever underestimate the power of du'a. Apabila doa dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh harapan, kita sedang bersangka baik dengan Allah, maka dengan izinNya, bila-bila masa sahaja, doa itu akan termakbul. Utilise it well!
I hope that these little points will help us to struggle becoming a better Muslim. Kita semua mahu ke syurgaNya kan? Jom sama-sama usaha! Moga dipermudahkan segalanya oleh Allah swt. amiinn

- Diingatkan dahulu bahawa, nafsu lelaki itu 1, namun akalnya 9. sebaliknya pula dengan perempuan, kita memiliki 9 nafsu, dan akalnya hanya 1.
- Jangan dipandang enteng kebolehan wanita biarpun fitrahnya lemah, dan dikurnia hanya 1 akal. Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia.
- Jangan diambil ringan juga perihal lelaki kerana 9 akalnya bisa ditewaskan dengan nafsu yang satu.
- Nak peroleh yang soleh atau solehah, maka kita dahulu yang perlu bergerak ke arah itu. Jangan risau, janji Allah itu pasti!
- Fahami konsep Taqwa ---- iaitu hati-hati pada setiap amalan yang dilakukan dengan memikirkan dahulu redha Allah, dan fikirkan samada apa yang dilakukan nanti akan disukai ataupun dibenciNya. Ada satu kisah di mana orang pernah bertanya kepada Saidina Umar tentang maksud Taqwa. Lalu dijawab:" Bayangkan perjalanan yang berduri. Sebagaimana kita berhati-hati berjalan di atas jalan yang berduri bagi mengelak luka, begitulah juga kita hati-hati dengan setiap perkara yang kita lakukan supaya Allah tidak murka."
- Banyakkan doa dan ingat pada Allah
- wujudkan bi'ah solehah
- Ikut kumpulan/persatuan yang baik
- Jangan pernah putus asa