Assalamualaikum wbt
Andai dipanjangkan umur untuk tiba di tarikh 25 Ogos sekali lagi, maka aku harus bersyukur kerana diberi peluang untuk menghirup udara di muka bumi ini. Hakikat bahawa aku akan menginjak umur 20 dalam masa 3 bulan lagi, buat aku sedar yang aku harus belajar menjadi lebih matang.
Ini bukanlah bermakna bahawa aku perlu betul sepanjang masa. Bukan juga bermakna aku harus serius sepanjang masa. Yang aku perlu adalah untuk menjadi lebih arif sewaktu menguruskan apa jua perkara. Menjadi lebih tabah dalam segala bentuk lara. Aku juga harus mengerti bahawa tiada insan yang sempurna dan aku harus terima sesiapa jua seadanya.
Aku tahu kematangan tidak diukur pada umur, tetapi dinilai pada tingkah. Emosi yang terkawal juga salah satu cirinya. Bila emosi dikawal dengan sebaiknya, maka tingkah juga akan turut ikut sama, dan segala perkara akan berjalan dengan lancarnya, tanpa ada rasa gelora dan duka cita. Oleh sebab itulah aku harus juga belajar mengawal emosi dalam diri, supaya tingkahku juga turut terjaga. Maka aku harus bijak mencari sesuatu untuk buat diri gembira dan bahagia, serta mengelak daripada sesuatu yang bisa buat diri kecewa kerana pedih yang dirasa.
20 hanya suatu angka kecil jika dibanding dengan mereka yang sudah hidup lebih lama.
Namun aku pasti, sepertimana aku teruja dengan angka ini hari ini, mereka juga tentunya merasa yang sama pada waktu dahulu.
Perjalanan ini masih jauh. Namun perubahan sudah banyak berlaku.
Tidak perlu lihat yang lain. Cukup pada diri sendiri.
Dahulu anak kecil, kini gadis dewasa.
Dahulu katanya tiada makna, kini bermadah segala.
Itu, yang aku alami.
Engkau?
Bagaimana?
Senyum.
Sedar diri ini tak bisa mengelak daripada kegagalan.
Maka gagal itu bukanlah kegagalan.
Sebenarnya apabila kau putus asa kerana gagal.
Itulah kegagalan sebenar.