Do Nor Hurt Youself For This Dunya

Assalamualaikum wbt

A great Sunday morning indeed!

As I was reading through the posts in Tumblr, I suddenly got attracted to these words:
"Do not hurt yourself for this dunya, for this dunya will make you fall and will pull you down, but if you put your trust in Allāh, indeed He just needs you to be patient for He has prepared for you something so much better than what you desire now, something you cannot imagine. For He is Al Wadood and Al Kareem. Let your love for Him fill up your heart. in sha Allāh."

This is a reminder for me. Just when I needed it.



Dewasa

Assalamualaikum wbt

Sedar diri ini tak bisa mengelak daripada kegagalan.
Maka gagal itu bukanlah kegagalan.

Sebenarnya apabila kau putus asa kerana gagal.
Itulah kegagalan sebenar.

Andai dipanjangkan umur untuk tiba di tarikh 25 Ogos sekali lagi, maka aku harus bersyukur kerana diberi peluang untuk menghirup udara di muka bumi ini. Hakikat bahawa aku akan menginjak umur 20 dalam masa 3 bulan lagi, buat aku sedar yang aku harus belajar menjadi lebih matang.

Ini bukanlah bermakna bahawa aku perlu betul sepanjang masa. Bukan juga bermakna aku harus serius sepanjang masa. Yang aku perlu adalah untuk menjadi lebih arif sewaktu menguruskan apa jua perkara. Menjadi lebih tabah dalam segala bentuk lara. Aku juga harus mengerti bahawa tiada insan yang sempurna dan aku harus terima sesiapa jua seadanya.

Aku tahu kematangan tidak diukur pada umur, tetapi dinilai pada tingkah. Emosi yang terkawal juga salah satu cirinya. Bila emosi dikawal dengan sebaiknya, maka tingkah juga akan turut ikut sama, dan segala perkara akan berjalan dengan lancarnya, tanpa ada rasa gelora dan duka cita. Oleh sebab itulah aku harus juga belajar mengawal emosi dalam diri, supaya tingkahku juga turut terjaga. Maka aku harus bijak mencari sesuatu untuk buat diri gembira dan bahagia, serta mengelak daripada sesuatu yang bisa buat diri kecewa kerana pedih yang dirasa.

20 hanya suatu angka kecil jika dibanding dengan mereka yang sudah hidup lebih lama.
Namun aku pasti, sepertimana aku teruja dengan angka ini hari ini, mereka juga tentunya merasa yang sama pada waktu dahulu.

Perjalanan ini masih jauh. Namun perubahan sudah banyak berlaku.
Tidak perlu lihat yang lain. Cukup pada diri sendiri.
Dahulu anak kecil, kini gadis dewasa.
Dahulu katanya tiada makna, kini bermadah segala.

Itu, yang aku alami.
Engkau?
Bagaimana?
Senyum.







Being Beautiful

Assalamualaikum wbt


"Sometimes people are beautiful not on what they are wearing, or what they say, or how do they look. Sometimes, people are beautiful, in just what they are."



Rinduku Padamu Ya Rasulullah

Assalamualaikum wbt




Betapa aku ingin melihat kepimpinan seperti Rasulullah wujud pada zaman ini agar semuanya aman dan sejahtera.
Betapa aku ingin mencontohi dan mengikuti setiap sunnahnya supaya hidupku lebih diberkati oleh Allah swt dan mendapat syafaatnya di akhirat kelak.
Betapa aku rindukan Rasulullah walaupun diri tak pernah bersua dengannya.
Betapa aku ingin sekali berjumpa dengannya dan merasai kehadirannya yang ku pasti dapat menenangkan setiap jiwa yang bergelora.
Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Engkau pemimpin terhebat sepanjang zaman.
Pengorbananmu dan pekertimu disanjung.
Moga aku dapat bertemu denganmu di syurga nanti.




MC Manager: Checked!

Assalamualaikum wbt

MC:
"Hadirin sekalian, dengan berakhirnya penyampaian cenderahati sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita pada malam ini. Sebelum kami mengundurkan diri, dengarkan sebuah gurindam daripada kami.
Umpama berjalan dah sampai ke batas,
Umpama berkayuh dah sampai ke pulau, 
Umpama memanjat dah sampai ke puncak.
Entah sirih salah sorong,
Entah kata salah tutur,
Terimalah salam
Salam bersantun
Salam yang mohon maaf
Salam yang mohon ampun."
Alhamdulillah, selesai sudah dinner kolej. Senyum riang, lega semuanya dah berakhir.
Segala usaha yang dilakukan berbaloi. Bersengkang mata, siapkan teks MC, rehearsal dan sebagainya, akhirnya majlis berjaya berjalan dengan lancar.



Terima kasih semua yang terlibat dan terima kasih TEAM PROTOCOL Malam Apresiasi Gemilang Harmoni! Kerjasama yang baik daripada semua pihak  =)

Now, tumpukan pada tugasan lain yang belum selesai, dan paling penting..... FINAL EXAM!






Que Sera Sera

Assalamualaikum wbt

When I was just a little girl
I asked my mother what will I be
Will I be pretty
Will I be rich
Here's what she said to me

Que sera sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que sera sera

When I was just a child in school
I asked my teacher what should I try
Should I paint pictures
Should I sing songs
This was her wise reply

Que sera sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que sera sera

When I grew up and fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will there be rainbows day after day
Here's what my sweetheart said

Que sera sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que sera sera

What will be, will be
Que sera sera...



Heard of this song?
I bet most of us heard of this song before when we were just a little child.

Back then, the song were just playing in my mind without knowing the meaning of the lyrics. Now that I've grown up, I began to realise the meaningful lyrics in this song.

So yes, the future is not ours to see. Not ours to predict.
Everything has been arranged in a very beautiful way by Allah. We all know that.
Everybody has their dream of what to do, what to be, what to achieve in the future.
Whatever the plan is, it is our role to strive hard towards it.
Some plans may be successful and goes as what we wanted it to be, but some may fail.
But no matter what happens in the future, just be grateful with it.
Because everything happens for reasons.
And in the end, it's the hard work that pays off.

 

Selamat Hari Ummi!

Assalamualaikum wbt..

Waktu dahulu, waktu segalanya tampak sukar....

Aku masih ingat Ummi susah payah naik basikal hantar aku dan adik-adik ke sekolah awal pagi. Aku ingat lagi, Saibah duduk di depan, aku Ummi 'gendong' di belakang.

Aku ingat lagi waktu di tahun pertama persekolahan, aku lihat ibu bapa pelajar lain datang, hantarkan bekalan makanan, temankan pada setiap waktu rehat. Aku yang tak mengerti kepayahan seorang ibu ini, merajuk dan menangis. Akhirnya, satu hari tu, Ummi datang juga dengan berbasikal, jauh dari rumah, semata-mata nak puaskan hati anak sulungnya ni.

Tatkala aku menginjak remaja, mula masuk asrama, disebabkan tiada kenderaan dan Abi pun sibuk, Ummi jugalah yang temankan aku naik keretapi sampai ke KL Sentral untuk pulang ke asrama. Waktu tu, Ummi sedang mengandungkan Huda. Dengan kandungan yang sudah sarat, Ummi kuatkan juga diri untuk temankan aku walau terpaksa berhadapan dengan sakitnya berjalan dan sesaknya orang ramai.


Ini ummi Nini.
Yang ku kasih dan cinta sampai bila-bila insya Allah. Yang banyak mengajar aku menjadi wanita yang kuat dan tabah. Yang sentiasa sabar dengan setiap kerenah anaknya. Walau kadangkala ada ketidaksefahaman, tapi itu hanya sementara, kasih ibu dan anak mengatasi segala yang duka.

Ummi yang aku kenal adalah ummi yang tabah dan kuat menghadapi ujian hidup. Ummi tak pernah sikit pun putus asa walau payah mana pun sekali keadaannya. Seorang guru yang berdedikasi dan dikasihi. Sungguh aku tak mampu balas semua jasanya. Yang aku mampu, adalah berdoa. Berdoa untuknya agar sihat dan sejahtera sentiasa. Moga segala urusan Ummi dipermudah. Aku juga berdoa untuk aku sendiri, agar jadi anak yang solehah, berbakti untuk Ummi dan Abi, dan berjaya dunia akhirat.

Selamat Hari Ummi! Wo Ai Ni! hehe =)



Set Aside The Worries and Be Grateful

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, I've safely arrived UPM!
Goodbye home!
Hello assignments, reports and test!

*sigh*
 
You know, what I'd learned today is that...
I have everything that I need (Oh well, by ignoring the shoes, the bags, the books and other personal items of course).  Having the chance to spend time with beloved family is the most precious ever. Short, but lovely. At this time, I realised that, I should just set aside all unnecessary feelings : hatred, disappoinment, anger and whatever things that are negative.

Yes! set it all aside! Ignore and throw it away!
Because if you continue to think about the negatives, you will feel depressed and unease, as if you're the only person that was being suffered and hurt. Your whole body will be controlled by negativity, and in the end, you are the one that suffer the most.

Misunderstandings and arguments will occur to anybody.
Family or friends.
When that happens, try to be the first to forgive.

Please people, this is a reminder for me too.
Appreciate and cherish the happiness that you have. Anything or anyone that causes you to be happy and feel the joy. Be grateful for their existence, and most importantly, thank Allah for all of these.

Today...
I'm grateful for the family that I have.
And in whatever the occasion is...
Family comes first (Unless there are some other considerations that cannot be avoided).
Thank you Allah for this! =)