Watch Your Words!

Assalamualaikum wbt

Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa.

Orang kata, berdiam itu lebih baik daripada kau berkata perkara yang sia-sia. Dan diam itu adalah yang terbaik, daripada kau hamburkan kata-kata yang kasar, dan menyakitkan hati orang lain. Engkau..... tidakkah engkau mengerti?

Berhati-hatilah dengan segala tutur kata yang diucapkan. Bila kau berkata-kata, itu semua sebenarnya pantulan diri kau sendiri. Kau letak diri kau di tempat kami, pasti kau rasa sakitnya 'dibisik' dengan kata-kata yang bagi aku, sangat melampaui batas.
Yang sakitnya bukan seorang.
Yang sakitnya lebih dari seorang.
Jika kesabaran kami juga melebihi batas, tiada akal yang waras, kau juga pasti dihambur dengan kata-kata yang perit, kerana ini bukan yang pertama kali. Kau tak fikir?

Matanglah wahai teman.
Ini bukan medan peperangan menguji siapa yang lebih handal.
Ini medan ilmu. Ini medan ukhuwah.
Ilmu disampaikan. Jalinan dieratkan.

Kita dalam proses pembelajaran. Sedarlah yang kita pasti akan lakukan kesilapan. Bila itu berlaku, maka janganlah terus dipersalahkan. Kesalahan boleh diperbetulkan. Ada caranya. Tak perlu melatah. Kalau kami biarkan engkau sendirian lakukan perkara yang sama tadi, kau fikir kau mampu?

Jaga-jaga.
Kawal diri.
Kawal tutur kata.
Kau mampu.
Aku tahu.