Dua Minggu Pertama

Assalamualaikum wbt...

3/9/2012 - 15/9/2012

# Bersiap pada awal pagi Isnin untuk test JPJ kali ke-2, at the same time, double-checking all the items to be brought to UPM. Of course, nervous yang tidak terhingga disebabkan terlampau risau samada Nini dapat lulus atau tak kali ni. And Alhamdulillah, I passed! So right after test, terus balik rumah and bersiap untuk pendaftaran pula. Sememangnya ia mendamaikan hati yang gelisah dan resah disebabkan JPJ test nih! :D

# Selamat mendaftarkan diri di Kolej Kelima UPM tengaharinya. Sampai-sampai depan bilik, tengok pintu, pandang atas, tertera jelas nama : Fasihah Shamsuddin. Oh!Oh!Oh! Mache sama bilik dengan Nini!!!! Oh lupa, dia ni sekelas dengan Nini sepanjang asasi. Panggilan 'Mache' melekat sejak asasi sebab dia asal dari Machang, Kelantan. Hihihi


#Terlepas Majlis Ikrar sebab tak sangka majlis tu dibuat pada hari Isnin tu jugak. Beriya je beli baju putih kain hitam. Heh! 

#Sedang orang lain dah sibuk dengan cheer kolej masing-masing, Nini baru terkial-kial nak belajar dan orientasi Nini dengan rasminya bermula pada malam Isnin tu sedangkan orang lain dah mula hari Sabtu/ Ahad. Malam pertama tu jugaklah dah kena marah dengan senior disebabkan tak cheer bersungguh-sungguh waktu kat dewan. Baik, sila kecualikan Nini sebab Nini baru sampai tengahari tu. Hahah

#2-3 hari terawal di sana, things get very very emotional bagi Nini. Ye, Nini rindu kolej 13. Nini rindu kawan-kawan ASPer. Nini rindu kuliah 3. Nini rindu semua yang rapat dengan Nini. Nini rindu semua kenangan dengan mereka. Nini jadi tak biasa dengan orang-orang baru, suasana yang baru, walaupun sudah setahun di UPM. It seemed so hard for me although I've tried my best to cope with it. Terasa asing. Silap Nini juga kerana Nini datang semula ke UPM dengan niat yang salah : kembali semata-mata untuk berjumpa dengan MEREKA, sedangkan sepatutnya niat Nini adalah untuk belajar dengan baik, kenal kawan-kawan baru. Nini ingat jumpa mereka dapat ubat rindu Nini, tapi ternyata tidak. It worsen my feelings, and I missed them even more.

#Seminggu orientasi penuh dengan aktiviti-aktiviti kolej yang fasilitator dah aturkan. Tambah pula dengan macam-macam taklimat dan ceramah dekat Dewan Besar. Balik bilik pukul 2 lebih tu standard lah kan. Tapi penat tu memang amat terasa. Jadi bila dah habis dengan sepenuhnya orientasi pada hari Sabtu sangatlah melegakan! Fuh!

#Menjadi MC pada Majlis Makan Malam Tautan Kasih Kolej Kelima dengan another MC, which is my partner, Paul. Ini secara rasminya kali pertamalah sebab sebelum ni sekadar MC untuk majlis-majlis ringkas. Itupun zaman sekolah lerr! Menggigil kot waktu awal-awal naik pentas, but Alhamdulillah, hampir semuanya berjalan lancar. The end of majlis was quite hambar (harus diakui) but the seniors are sporting enough untuk hidupkan balik majlis tu and it ended with salam-bersalaman, which turned out to be very emotional moments for some of the students (girls of course).

With partner, Paul. Both are the MCs for that night's event. 
#Hari Ahad tu pulak, kitorang ramai-ramai berkumpul gerak ke Melaka untuk hadir wedding abangnya Irfan. Sayangnya Tikah tak dapat ikut sebab belum habis lagi orientasi. Tak apa Tikah, ada rezeki, lain kali kita keluar sama lagi ye. So pagi around 9am Lina dengan Najie dah gerak pergi ambil dua kereta sewa Myvi untuk sumbat 11 of us! Bayangkan kesempitannya. Balik dari Melaka terus gerak ke Keramat, KL untuk open house Aiman Khalis pula. An exhausting day obviously, dengan macam-macam yang berlaku sepanjang perjalanan, but fun and enjoyable at the same time since we gathered all for the first time lepas 4 bulan habis asasi.



#Sepanjang seminggu ulang alik dewan-kolej-dewan-kolej, kesempatan ini diambil dengan misi mencari dan berjumpa dengan ex-classmates, lagi-lagi yang rapat dengan Nini. Excited! Excited! Excited! Gembiranya, sebaknya, seronoknya Nini hanya Allah sahaja yang tahu. Jumpa diorang je terus lambai-lambai,salam peluk cium lah semua, heheh. Rasa macam tak nak lepas je. Orang sekeliling yang tak tahu mesti akan pandang pelik. Boleh nampak sebenarnya kelompok-kelompok ASPer ni sepanjang kat dewan. Pada orang yang tak tahu, atau mungkin juga yang tahu, mungkin ada yang akan cakap, "Apelaa, macamla lepas ni tak dapat nak jumpa". Mungkinlaaaa.

#After a week, kuliah officially started walaupun masih ada beberapa masalah lagi waktu tu dengan pendaftaran dan pengecualian subjek, tapi few days after that, Alhamdulillah, semuanya selesai. Pengecualian dah pun diluluskan and me no need to take English subject BBI2420 yang memerlukan Nini untuk menghadap ELLIS Lab yang bosan. Heheh. Pendaftaran kali ni agak berbeza sebab kita sendiri yang kena uruskan jadual kita. Compared to asasi dulu, walaupun daftar sendiri, tapi jadual semua dah siap tersusun ikut kelas. So this time round, Jumaat and Ahad is totally free! :D

#Seminggu kuliah terasa penatnya sebab ada subjek yang perlukan Nini berkejar dari satu tempat ke tempat yang lain yang agak jauh. Tapi nak tak nak, kenalah hadap. Dah 4 bulan cuti kat rumah, sekali start balik, hah! Pulunlah!

#Masih rasa awkward. Tak percaya yang Nini tak perlu lagi nak hadap subjek-subjek hardcore macam Fizik, Kimia, Kalkulus dan Biologi. Although ada sikit-sikit basic subjek Sains macam Mikrobiologi, tapi that is okay compared to the previous years which was full of headache and tense. Untuk course Nini ni, I'll spend much time di dapur. Oh tak, 'lab' bak kata Pn Lisa sebab ini bukan sebarang dapur. This is a professional kitchen. 

#Lina yang sama course, sama kolej dengan Nini bakal meninggalkan Nini :(
Pihak akademik tawarkan course Biosystem Engineering and she accepted it walau pada awalnya penuh berbelah bagi. Nini diam je waktu Nini tahu tu. Tak terkata. Lina terima bermaksud Nini dah tak ada nak makan sama-sama, pergi kelas lah semua dengan dia. Apa-apa pun, pasti ada hikmahnya. Mungkin dah sampai masanya Nini kena betul-betul fully berdikari. Cari kawan baru. tak bergantung pada orang lain. Kalau ikutkan hati Nini, memang tak nak Lina pindah. Tapi takkanla nak cakap macamtu. So Lina, sila buat yang terbaik okee! Aku doakan insya Allah. Sentiasa....  :')


So, 2 weeks has gone so fast. There are a mix of sweet, sour, and bitterness, and all other spices. It is fun, and challenging at the same time. Ini membuka mata Nini, sedarkan diri ni, that I need to work harder and struggle to the maximum! Ini bukanlah perkara yang mudah. Alam baru ni banyak cabarannya, banyak dugaanya. Moga Allah permudahkan Nini, dan kawan-kawan Nini juga untuk menghadapi semua ni dengan tabah dan sabar. All the best! Insya Allah.