Ketepikan dan Muhasabah

Assalamualaikum wbt...
Kakanda,adinda, rakan-rakan, sahabat dan taulan

Hidup penuh dengan ragam orang yang kadang-kala buat kita rasa terasa hati, sakit hati dan seangkatan dengannya. Kadang-kadang kita tanya pada mereka dalam hati :" Tak penat ke buat orang sakit hati apa semua?". But now I'll ask you, " Tak penat ke terasa hati dengan orang? Sakit hati dengan orang? tak penat?!"

I've been through all these heartaches and so on, and I then reflected myself and I thought, enough la with all of these. Don't you think?

Cukuplah dengan makan hati atau terasa hati dengan perbuatan orang pada kita. Kadang-kadang benda kecil pun nak terasa, nak makan dalam. Apa gunanya? Tak boleh ke fikir secara positif, terima apa jua yang terjadi, pada diri sendiri terutamanya, dan telan sahaja pahitnya.

Ada kala benda tak jadi seperti yang kita inginkan. Tak perlu nak sibuk pertikaikan apa yang orang cakap tentang kita dan kemudian kita yang tidak senang. Mana yang rasa baik, ikutlah. Mana yang tak, tinggalkanlah dan ambil pengajaran. Ada sebab kenapa orang kata begini, dan orang kata begitu.

Yang parahnya, bila dah terasa hati, makan dalamlah apa semua, sibuk nak perli-perli balik pulak. Tak ke kita dua kali lima je dengan diorang? yang buat terasa hati tu?? So in the end, semuanya sia-sia sahaja. Nanti kita sorang tak senang duduk. Orang lain tak gelabah pun.

Kenapa perlu pertikaikan sangat bila orang buat diri kita terasa hati? Sedar tak sedar, kita ni yang berasa serba salah akhirnya. Kita cari balik apa yang kita dah buat dan apa yang kita dah lakukan sampai orang lain boleh cakap pada kita dan buat diri kecil hati.

Sebelum nak terasa hati ke apa, kita tengok baliklah diri sendiri. Mungkin ada betullah apa yang si fulan dan si fulan dan si fulan bercakap. kadang-kadang kita je yang tak sedar silap kita di mana. Ye tak??

Gunakan cermin walau ia bisa menipu. 
Muhasabah itu yang terbaik.