Semester Kedua

Assalamualaikum wbt

Tiga hari. Duduk bilik tanpa kerja-kerja penting untuk diselesaikan ------- BOSAN!

Esok Isnin.
Minggu kedua dah untuk semester kedua.
Semester baru mereka sudah bermula minggu lepas. Aku baru nak mula besok. Sebab bagi aku, minggu lepas tak rasa apa sangat pun. Agak kosong. Pendaftaran kursus pun semuanya dah selesai, tak ada masalah. Cuma bab selesaikan hutang 60sen perpustakaan tula yang agak melecehkan. Hanya sebab 60sen nila aku di bawah status berhutang, maka aku tak dapat nak tengok result rasmi Sem 1 -.-

But alhamdulillah, semua dah settle. Result rasmi dah dapat tengok. Syukur alhamdulillah!
Next target : Senarai Dekan.
Insya Allah.

Semester ni, jadual aku agak padat. Sebab tu aku tak ambik koko sem ni, sedang orang lain pulak sibuk nak habiskan dua jam kredit koko tu dalam tahun pertama. Yelah, senang kan. Tahun-tahun akan datang tak payah serabut fikir nak ambik kursus apa untuk koko. Tak apalah. Aku oke. =)

Sem ni jugak, ada dua subjek kimia! Killer subject untuk aku. Waaaarrrgghhhhh!!!
Tapi bila difikir balik, dah aku ambil course makanan, jadi segala tentang makanan adalah kimia.
Aku. Takkan. Boleh. Lari. Dari. Kimia. 
Kimia. Suka. Aku.
Sebab. Aku. Suka. Makanan.
Ngeh3

Practical kitchen pun aku tahu lebih mencabar, tapi interesting! Kali ni, insya Allah, aku akan belajar Baba Nyonya Cuisine, Indian Cuisine, Arabic Cuisine and French Cuisine. The other aim is : to sell our products to the customers through restaurant service. Kemuncaknya nanti, kitorang semua akan adakan event, in which kitorang perlu hasilkan makanan menggunakan herba-herba dan hasil-hasil ladang di UPM sendiri. Menarik kan? Hee.... moga Allah permudahkan.

So, untuk sem ni, ini subjeknya:
Kenegaraan
Hubungan Etnik
Pemakanan dalam Perkhidmatan Makanan
Khidmat Layanan Restoran
Kefungsian Ramuan Makanan
Oral Interaction Skills

6 subjek. Tapi yang jadikan padat sebab ada tiga subjek yang ada lab praktikal, tambah pulak dengan BI yang akan ada tambahan Lab Ellis dan 6 jam practical kitchen. Setakat ni, yang paling frustkan aku dan semua ex-ASPer tentunya subjek 'BBI2420 Oral Interaction Skills' tu, sebab subjek ni kitorang dah ambik dah pun waktu asasi. Masih tak faham kenapa kena ambil lagi sekali. Minggu lepas baru dapat buku modul, and it exactly the same dengan buku modul aku dulu. Aih.

Tak apa, tak apa. Positif.
Ada hikmah.
Teringat kakak naqibah dulu pesan:
"Kadang-kadang kita rasa bosan bila belajar asyik benda yang samaaaaaa je. Di sebaliknya, Allah aturkan begitu, sebab mungkin memang kita tak faham dan tak mahir lagipun dengan benda yang kita dah belajar tu. Diaturkan kita ulang semula benda yang sama, untuk kita ambil peluang perkasakan ilmu tu dalam diri, semat baik-baik"

Betullah tu.


7 Days Results

Assalamualaikum wbt

KPSM ended.... with tears----------- of BIG RELIEF.
Alhamdulillah, I managed to get through this.
I tried to recall things that happened everyday, to let me found out about myself and what I've learnt, so that the seven days won't be a waste.

-That I need to be strong in whatever the situation might be
-Always be prepared for SURPRISES
-That I can actually always be punctual within a short period by neglecting unnecessary things
-That I must always set the right intention deep in my heart in order to get the benefits and blessings
-That the outer appearance has nothing to do with what lies in a person's heart
-That I need to have the courage to stand out from the rest because nobody will do it for me
-That not all people will be pleasured for the things you do, and the things you said
-That certain people are just........... unacceptable!
-Yang tiada gunanya bertengkar atau berdebat dengan orang yang tak pernah nak terima kekalahan
-That creativity can sometimes harm you
-That I should listen to my mother and follow her instinct
-That I cannot really tolerate with stressful situation ------------ which I always ended up crying.
-That my stamina is very low
-That I still cannot communicate properly and fluently in fornt of the 'unknown' people
-That I need to accept people's opinion and critics with an open heart
-That teamwork is very very very crucial in a person's life
-That I must never ever give up on things that I've started and willing to commit with.

I attended this with a feeling of unease.
BUT I told myself that there must be reasons and that I must gain something good from this.
And yes, I got them.
Indeed, it is not something to be regretted.



Away ---- KPSM

Assalamualaikum wbt...

Sedang menanti Abi datang.
Kejap lagi nak gerak dah, pulang semula ke kolej.
KPSM.
Itu tujuannya.
Aku pergi ini dengan hati yang berat. Entah kenapa.
Tapi jauh di sudut hati aku yakin, pasti ada hikmahnya kenapa begini, dan kenapa begitu.
Semua bergantung pada diri aku sendiri.
Aku menanti hasil selepas seminggu.


Masya Allah by Maher Zain


An instant smile on my face whenever I hear it :)



(can't find a really good video for this song)

To be exact, it's actually a wedding song. Just like Barakallahu La Kuma.
But no, the smile has nothing to do with it.
I just feel happy whenever I hear this song. hee :)

LYRIC:
اجمل فرحة هى
يوم فرحكو دة شئ اكيد
ذكريات الليلة ديا
حاضرة مش ممكن تغيب
احساس اليوم دة مين فيكم ينساه
على طول تجمعكو احلى حياة
اجمل فرحة فى حياتكو الليلة
حلوين والله ماشاء الله 
ياسلام ياسلام
ماتباركو يااهل الله
انتو على سنة نبينا
جيتو وكتبتو الكتاب
واحنا طايرة الفرحة بينا
والليلة دى القلب داب
احساس اليوم دة مين فيكم ينساه
على طول تجمعكو احلى حياة


قولو ماشاء الله ويارب تعيشوا احلى سنين
قولو ماشاء الله ويامااحلى زوجين صالحين
ربنا يجمعكو ويا بعض فى الجنة
ربنا يجعلكو طول العمر متفاهمين



Basically, it tells us about the beautiful day ---- the wedding day. The day you got married. The day that a knot is tied. The day which is full of blessings. The day that gather people that we love. 
just, beautiful.

Usia Hanyalah Angka

 
Aku diingatkan sepanjang masa, 
Bahawa usia hanyalah angka,  
Kian bertambah masa ke semasa.

Peringatan buat diri yang alpa,  
Meningkatnya usia tanda singkatnya masa.

Sampai sahaja tiba ajalnya,  
Malaikat datang mengambil nyawa.
 
 
 
Hanya sebuah nukilan setelah bermuhasabah diri di petang hari.
 Moga aku kelak mati dalam keadaan yang beriman. 
Amiin. 

Hanya Rutin Biasa

Assalamualaikum wbt...

Pagi Khamis.
Indah tak indah? Biasa sahaja.
Perut kelaparan.
Lantas aku ke dapur.
Keluarkan sotong masak serai dengan lebihan nasi putih semalam,

Letak kuali, hidupkan api, panaskan minyak, potong sayur.



Tadaaaaa!!


 Nasi Goreng sotong. Muahaha!

Big Bad Wolf is Hunting Little Red Riding Hood!

Assalamualaikum wbt...

Sooooooooo......
BIG BAD WOLF IS COMING TO TOWN AGAIN!

It's the biggest book sales ever!
The discounts are from 75%-95% and this time round, BIGGER DISCOUNTS are waiting!
The sale will be held on the 28th February until the 4th of March at Mines Convention Center (MIECC), Sri Kembangan. 
Usual place lah.


Like the previous BBW, I've been looking forward to set a date for this one too!
Last time, I've made BBW as a reward for me after weeks of busyness ---- assignments, presentations, events, and I ended up buying these :

These for the little sisters at home.

 
And these.. for ME!
So for the next one, I'll find a reason for me to go again. HAHA.
 ONLY IF the pocket money allowed me to do so. Ngeh3. :)


Find out more about BBW at: http://www.facebook.com/bbwbooks

Wake Up Everybody!

Assalamualaikum wbt...

It's 1.25 am. I'm still here, in the living room, in front of the laptop, still not yet done with the proposal for Langkawi trip. No, I'm not part of the AJK. I'm just helping out. Since this is to be presented in front of the BHEP, so I kinda have problems to build up some good sentences to WOW them. haha :)

Now, on my right side is the warm Old Town Hazelnut White Coffee. Emmm, my favourite of all! While on the left side is a slice of Strawberry Marshmallow Cheesecake from Secret Recipe. Songs are playing on the laptop. Ignore the fats and the calories that I might going to gain. This is just perfect!

Lately, I've been thinking about lots of things. For the future, of course. Of what am I going to do after graduate, of whether I should proceed for Master or phD, of marriage, of getting my own car, of getting a good job, of my plan to open up a cafe, of having kids, of having my own house, of everything!

Too much thinking huh?

Yes, I'm that kind of person.

So when I thought of all these things, and wrote them down, I realised that.... everything that I thought of was just for the sake of my life here in this world. None of them, are for the life after a life. You know what I mean? Akhirah.

I think too much about something that is not permanent. Supposedly, I should give my biggest concern on my ibadah, my actions and my deeds for the life hereafter.

That's me. That's us. We often fear of our future in the world but not the fear of meeting the God Almighty, Allah swt. The most important meeting of anything else in the world. You shall not late nor early. Not even a second!

*Slap my face twice*

So wake up Nini, wake up! and wake up everybody, wake up! Wake up!
The time will not wait for us. Nobody will. Let's improve our ibadah, strengthen our iman, and strive towards a wonderful life ahead -------- in Jannatul Firdaus. Insya Allah :)

Ummi

Assalamualaikum wbt

Kala ini,
Ummi sedang duduk bersila di lantai bersama Huda,

Yang paling muda dalam keluarga
Makan bersama-samanya
Suapan nasi dan hirupan sup tulang
Itu dinikmati bersama

Sambil itu,
Ummi layan juga
Celotehnya
Gelak tawanya
Ngada-ngadanya
Degilnya
Semestinya, itu sahajalah penghibur terbaik sepanjang menjadi ibu.

Aku pasti
Begitulah juga ummi layan kakak-kakak Huda
Dari puteri pertama
Hingga puteri kelima
Semuanya, dengan penuh kasih sayang.

Rindu.
Aku rindu.
Rindu dengan segalanya.

Waktu-waktu itu
Tidak akan bisa dikembalikan
Tidak akan bisa aku jejak pun walau selangkah

Namun, langkah ke hadapan tetap ada
Itu yang membawa aku hingga ke saat ini
Dan juga akan datang
Sehinggalah ke saat-saat
Langkah itu membawa aku, kamu, kalian, dan mereka
Ke alam yang gelap-gelita

Waktu itu,
Adakah aku mampu?
Melepaskan ummi yang ku cinta?
Dan andai kata,
Aku tiba dahulu,
Adakah
Orang yang akan tidak mampu melepaskan aku?

Ummi,
Anakmu ini rindu.
Rindu denganmu.
Walau ku tahu, setiap detik kau tetap di hatiku.

Ummi,
Anakmu ini takut.
Takut dengan segalanya.
Kemungkinan untuk apa sahaja perkara.

Ummi,
Doakanlah anakmu ini.
Yang makin diselubungi kerisauan
Hari demi hari
Entah mengapa
Namun ku tahu
Adamu
Dapat mengingatkan aku
Untuk sentiasa tenang
Kerana Allah ada
Apa jua keadaannya.

Ummi,
Sayu setiap kali melihatmu walau kadang kala
Ada yang kita tidak sehala

Sungguh
Melahirkanku ke dunia ini sudah cukup banyak ertinya buatku
Dan ku pasti buatmu juga
Tidak akan mampu aku membalas setiap keringatmu untukku
Membesarkanku hinggalah kini
Terima kasih, UMMI!




Dihimpit!

Assalamualaikum wbt

Batuk yang menyakitkan dada. Tekak sentiasa terasa perit. Selsema yang menyumbatkan hidung. -.-

Ini sungguh ujian buat aku.
Kelmarin, kepala dah terasa pening dan berat. Tekak dah rasa perit. Tapi gagahkan diri juga untuk teruskan membaca, sebab rasa syok sangat baca novel Mustafa Kamal Ataturk, karya Abdul Latip Talib. This was borrowed from a friend of mine quite few months ago, hehee. Maaf! Maaf! Nanti buka sem  baru aku pulangkan balik :)

Okee, continue!
Tak lama lepas baca buku tu, mata tiba2 terasa mengantuk. Dan akhirnya aku akur jugalah, katil dah memanggil. sobs sobs :(

Keesokannya, aku bangun dengan badan yang lemah dan kepala yang makin terasa berat.
Tapi bertahan juga untuk siapkan kerja rumah. Yela, nanti siapa pula nak buat kan?
So I thought, tahanlah sikit lagi, and then take a rest.
Oh Ya Allah, bayangkan menyidai kain di bawah panas terik. Memang cuaca haritu menguji kesabaran betul!
Andai kata aku tak tahan, aku dah lama pengsan. Serius cakap!

Abi pernah tegur aku sebab terlalu tunjukkan rasa sakit aku.
Padahal waktu tu aku demam, camane nak sorok?! Haih. Tapi terpaksa akur.
He said that when I was in my high school year. Can't remember which year but it was quite long time ago.
TAPI
Disebabkan aku tahan sakit, dan bajet 'gagah' tula yang akhirnya satu hari aku pengsan kat KTM Serdang.

"Tulah! Dah tau sakit buatla cara orang sakit!"

Mungkin inilah yang kawan-kawan aku akan cakap direct to my face if diorang tak sabar dengan aku haritu.
Dah begitu pulak kan..... Haih haih haih.

Balik kepada cerita yang asal, ye, akhirnya lepas Huda dah ke sekolah aku rasa sangat lega. REHAT TIME!
Tapi waktu tu, badan dah mula rasa sejuk. Aku tak tanggal stokin dan handsock yang aku tengah pakai waktu tu sebab sangat sangat sejuk!

Petang tu, badan dah mula lemah walau boleh lagi gelak-gelak borak-borak dengan family time minum petang. Kepala makin berat. Aku orang yang anti-panadol sebab aku berpegang kepada satu kenyataan yang panadol akan bagi effect kimia yang teruk pada badan bila dah tua nanti, walaupun ummi selalu bekalkan panadol, suruh makan bila sakit.
Selalu kalau nak kebah, aku minum milo. Memang half hour lepastu, badan berpeluh, so suhu badan turun.
Tapi haritu tak terasa nak minum milo langsung. Minum jela air kosong.

Kepala makin kusut, makin sakit bila kucing buat onar kat atas cadar kesayangan!
What surprised me is that, I didn't mengamuk like what I usually did.
Sebab sakit kepala ke??
Serius!
Aku mengomel jugak, tapi dengan rela hatinya dan pelan-pelan aku basuh cadar, buang yang mana tak patut, dan terus 'bersiram' bersiap terus untuk maghrib.

Lepas mandi je, kepala makin terasa berat. Rasa macam kena himpiiiiiitttttt kuat-kuat!!
Seumur hidup tak pernah rasa sakit kepala yang teruk macamni!
Badan pun dah rasa sangat sejuk, lenguh-lenguh, and I started to feel the pains on my muscles.
Right after solat maghrib, aku terus cari panadol. Ambillah dua biji, minum dengan air ribena. TERPAKSA WALAU TAK SUKA!
Lepastu aku terus pakai stokin, pakai baju sejuk, selubung diri dengan selimut dan tidur, dengan harapan bila aku bangun, semua sakit akan hilang. Tapi malanganya, tak lena pun.
Half hour later, demam dah start kebah. Peluh dah mula keluar. Sakit kepala dah kurang.
Aku tanggalkan baju sejuk dan stokin, letak minyak kapak, dan sambung tidur sebab masih rasa lemah.

Pukul 4 pagi aku terjaga tapi rasa tak terdaya, jadi aku sambung tidur dan terjaga semula pada pukul 5. Kali ni kena kuatkan diri juga sebab Solat Isyak tak tertunai lagi. Astaghfirullah...

Aku bangun subuh kemudiannya dalam keadaan yang lebih baik dari hari semalam. Cuma batuk dan selsema makin teruk. Kebetulan ummi ambil MC sebab Hanan pun demam panas, jadi dapatlah ummi buatkan bubur dengan broccoli, ikan bilis, dan terung tumis.
Itu breakfast aku. Kenyang! Best betul ummi! Hehe
After breakfast, aku telan lagi 2 biji panadol, dan rehatkan diri sebentar.
Peluh dah mula keluar setengah jam kemudian, sakit kepala kali ni dah completely hilang.
Syukur ya Allah! Alhamdulillah! :D

Sungguh, sakit itu ujian pada diri.
Sakit juga penghapus dosa.
Sakit juga mengingatkan manusia untuk bersyukur dengan nikmat sihat.
Setiap yang terjadi ada hikmahnya.
Hayati dan ambil iktibar.

Apa-apa pun, aku bersyukur kepala dah tak rasa sakit! Seronok bila dapat rasa sihat. Buat kerja seperti biasa. Sekarang cuma kena bertahan dengan batuk dan selsema. Harap cepatlah sembuh :(