Nenek

 Assalamualaikum wbt

"Bagai patah tak tumbuh lagi.
Bagai hilang tidak berganti.
Bagai terbawa separuh diri.
Bersama pergimu yang tak kembali"

Tulisan kali ini, terasa sukar dan berat sekali untuk aku nukilkan.

Of course, yang akan paling dirindui raya ini ialah arwah nenek. Senyumnya. Gelaknya. Usikannya. Latahnya.

On the day of engagement tahun lepas, waktu semua tetamu dah mula santai2, I approached nenek, sembang & duduk di sebelahnya. Ada one moment nenek pegang tangan aku, sambil kata "Nenek doakan urusannya dipermudah, takut tahun depan nenek tak sempat tengok". And I stopped her from continuing her words. But yes, nenek pergi dulu.

Hari beliau pergi, selepas cium jenazah nenek kali terakhir, Mak Ngah gosok2 belakang aku sambil kata " Tak sempat nenek nak tengok nini naik pelamin". Waktu tu, berderai jatuh air mata. Waktu balik, Makngah sebut lagi sekali buat aku sebak kembali.

Hari nikah, segala sebak dan 'nervous' hilang gara-gara tok imam bagi khutbah yang terlalu panjang. Tak keruan semua dibuatnya menanti khutbah untuk berakhir. Dan usai nikah, tatkala bersalaman dengan Makngah, sebak datang kembali, air mata tumpah jua kerana Makngah sebut "Nenek tak ada harini nak tengok nini nikah". It was just 4 months since Nenek passed away at that time, kehilangannya masih terasa. Sehingga kini pun.

Tulisan di atas ni, aku dah draft daripada tahun 2018 lagi. Sebelum aku kahwin, tapi tak pernah dihabiskan. Sampai sekarang pun sebenarnya, I couldn't put my words properly for this loss. Hanya susunan ringkas, tak pernah mampu nak bercerita panjang tetapi dalam ingatan, segala memori terus bermain; dalam hati, rasa rindu tetap menjengah; kalau dimulakan perihal tentang nenek, macam-macam ingin dicerita.

Baru-baru ini kami berkumpul ahli keluarga - anak, cucu, cicit, bergotong royong kemaskan rumah arwah nenek kerana tuan tanah telah menuntut kembali hak mereka. Macam-macam kenangan yang mula kembali di ingatan. Ruang dapur, ruang tamu, halaman luar, even bahagian belakang rumah nenek pun ada cerita dan kenangannya. Generally, we were all raised here. Ia dekat di hati kami. 

Apa pun, hidup kena diteruskan. Yang pergi takkan kembali, hanya kenangan tersemat di hati. 

Al Fatihah buat arwah nenek, Alpiah bt Hussain.