Assalamualaikum wbt
Aduhai dikau sang gadis yang rapuh hatinya,
Harus diingatkan selalu bahawa pada saat hati mulai berbunga, itulah saat yang paling bahaya. Oh so fragile. Mudahnya, diberikan kau harapan, lantas berbunga hati, gembira sepanjang masa, lalu terus lupa pada pemberi nikmat bahagia.
Lalai. Alpa. Leka.
Mainan syaitan durjana sangat licik dan hebat.
Harus diingat ya Habibti, andainya satu hari nanti kalau Allah izinkan untuk kau disatukan dengan orang yang kau cinta, ia bukanlah bermaksud perjuangan kau telah selesai. Sebenarnya, di situlah ujian lebih berat akan menimpa, perjuangan lebih besar perlu kau bawa. Jangan kau ingat halalnya ikatan itu nanti menandakan kau lebih bebas. Bahkan kau sebenarnya lebih terikat. Iman kau akan diuji dengan seberat-beratnya, mahu lihat adakah kau kan mudah lalai dengan cinta manusia, sehingga lupa pada Maha Pencipta.
Bangunlah dari lamunan cinta ini. Ini semua hanya mainan perasaan. Nikmat ini harus dijaga. Bahagialah tetapi jangan terlalu gembira. Doalah mohon perlindungan daripada Allah swt, moga dapat kau dukung cinta lain dengan sempurna melalui kekuatan cinta kepadaNYA.