Assalamualaikum wbt
1.30 pagi, dan aku
sedang mendengar alunan lagu nasyid yang aku gemari.
Tidak banyak perkara
yang sedang difikirkan, tetapi bersepah-sepahlah juga fikiran ini melayang.
Larut malam. Waktu
yang paling aku sukai. Ada suatu rasa ketenangan dan kedamaian pada suasana
malam yang hening. Tidak bising. Tidak serabut. Tiada gangguan. Kau seorang,
bersama Tuhan.
Waktu sebegini,
dengan alunan ini, membuat aku kembali kepada kisah lalu. Tidak lama pun. Tidak
juga baharu. Tetapi setiap kali ingatan itu kembali, pasti rasa yang sama turut
datang menjengah diri. Waktu yang aku rasa sangat serabut dan kusut. Dilema antara
hendak atau tidak. Hati kata mahu, tetapi keraguan dan ketakutan tidak
mengizinkan. Itulah kali pertamanya aku minta nasihat orang terdekat, berjaga malam, hanya kerana dilema itu. Sedaya upaya aku mahu
mendapatkan petunjuk. Kelakar apabila dicerita semula pada orang lain yang
tidak berada di tempat aku. Mereka tidak mengerti. Sama sekali tidak mengerti
kebuntuan yang melanda diri pada ketika itu.
Membenci dan
menyayangi, dua perkara yang berbeza. Mana bisa kau membenci tetapi hati masih
menyayangi.
Aku pernah membenci
sehingga tidak mahu didengar namanya, mahupun dipandang wajahnya. Sebegitu
sekali tahap kebencian aku pernah dijangkau. Kononnyalah. Sedangkan dalam hati,
kau sendiri lebih mengerti, Tuhan juga Maha Mengerti. Mana bisa isi hati dinafi.
Kau tahu? Apabila kau benci, tetapi masih rasa simpati, masih merindui, punya
harapan yang tersemat di hati, itu tandanya kau cinta. Benci engkau itu tanda
cinta!
Haihlaaaa hati.
Banyak sekali kau diuji.