Assalamualaikum wbt
Aku,
Agen perisik tidak berbayar.
Illegal as well.
Aku melihat pada kehidupan sesetengah manusia yang lain,
Yang kehidupannya umpama dilitupi awan kelam,
Dan bandingkan dengan diri aku,
Aku,
Ternyata jauh lebih bertuah.
Syukur.
Tidak apalah hidup tidak begitu mewah.
Kadang seluk kocek, keluar habuk pula.
Kadang buka dompet, keluar bil lama sahaja.
Ada waktu-waktu sempit,
Sibuk kumpul duit sen,
Cari celah-belah barang,
Nak cukupkan seringgit tiga puluh sen,
Buat beli nasi lemak isi perut pagi,
Tengaharinya ikat perut hingga malam,
Air kosong diteguk buat pujuk perut lapar.
Kata pada diri, nak buat sedap hati,
"Tak apalah. Ini cabaran hidup pelajar.
Ada orang duit nak belajar pun tak dapat."
Jadilah.
Itulah orang kata
Kalau banding biar dengan yang kurang,
Bukan banding dengan yang lebih.
Buat ajar rasa syukur.
Harta mencurah belanja mewah,
Hendak buat apa kalau hidup kian tersasar?
Hai awak,
Biarlah hidup susah,
Asal tidak kenal kalah,
Tetap usaha cari hidayah,
Supaya hidup penuh barakah.
Muhasabah.