Short Story 3

Assalamualaikum wbt...

Satu malam yang kepenatan...
Abi tanya nak makan apa sebab abi nak pergi pasar malam
Dengan semangatnya semua 'menyatakan' permintaan masing-masing.

UMMI : Jagung bakar.
NINI : Yong Tau Foo
SEBAH : Apam balik dengan tauhu fah. Err,jangan lupa ye. Dua tau!hehe..
 *eheh,banyak pulak budak sebah ni minta =.=" *
MAYA : Putu bambu.
HANAN : Hanan nak sate!!
*Huda diam*
ABI : Huda nak makan ape?
HUDA : Huda nak makan daging bakar.
*semua buat muka pelik*
ABI : Daging bakar?mana ada daging bakar.
HUDA : adaaaaaaa....
*penat memikir,akhirnya maya yang bersuara*
MAYA : OUUHHHH,Daging bakar tu satelah!!

=.="

Bagusla Huda,buat terms baru ye!
Tak pernah dengarlah pulak orang panggil sate tu daging bakar.
Adeh!

Insan Yang Hebat

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,nini punya insan-insan yang sangat hebat dalam hidup ni.
Jangan nafikan sebab kita adalah salah satu ciptaan Allah swt.
Setiap yang diciptakanNya adalah hebat, jadi kita adalah orang yang hebat kerana diciptakan olehNya.
Bila kita menafikan dan mencerca orang lain,kan dah macam mencerca ciptaan Allah swt?

Nini nak cerita ni.
Tentang seorang insan yang sangat hebat pada mata nini selain daripada ibu bapa Nini.

Seorang yang selama ni hanya dipandang sebelah mata je.
Seorang yang kurang mendapat perhatian dari segi peribadinya.
Dialah orang yang paling sabar,tabah,solehah,lemah lembut,sopan santun,baik hati,jujur,pemurah dan penyayang yang Nini pernah jumpa.
Dia juga seorang yang disiplin,bertanggungjawab dan rajin.
Bila Nini marah,dia yang menegur,dan Nini lepas dan tunjuk marah Nini pada dia.
Bila Nini sedih,dia yang risau,dan Nini ceritakan kesedihan Nini pada dia.
Bila Nini gembira,dia yang menyapa,dan Nini ceritakan kegembiraan Nini pada dia.
Bila Nini lemah,jatuh,dia yang bagi semangat.
Bila Nini kuat,bangkit,dia yang tetap beri sokongan.
Bila Nini sakit,dia yang ambil berat tentang Nini.
Bila Nini silap,dia yang tegur Nini supaya Nini baiki kesilapan Nini.
Tapi Nini tak hargai sepenuhnya kehadiran dia dalam hidup Nini.
Dan sekarang bila berjauhan,Baru Nini rasa kehilangan dia.
Betullah orang kata, "Ukhuwah itu lebih manis bila berjauhan."
Tatkala tak ada siapa sudi mendengar cerita Nini kerana sibuk dengan hal masing-masing,dia sorang je yang setia untuk mendengar walaupun Nini tahu dia mengantuk.
Dia tak pernah marah atau melenting pada Nini. Sekali pun tak pernah.
Malah dia yang diam dan sabar bila Nini lepaskan marah Nini pada dia.
Nini rindu insan yang hebat ni!

Dia yang Nini sebutkan di atas adalah insan yang bernama Siti Nur Umairah bt Sabri.
Nini rasa susah Nini nak jumpa orang seperti dia lagi lepas ni.
Bukan bermaksud Nini tak hargai kawan-kawan yang lain.
BUKAN.
Nini hanya nak luahkan rasa rindu Nini dan betapa kagumnya Nini pada dia.
Semoga Allah merahmati dia dan permudahkan segala urusan dia dunia dan akhirat.



*Umai,maafkan semua silap Nini dengan Umai ye. You are a wonderful person,don't ever change!Nini rindu nak bercerita dengan Umai. Insya Allah,Nini akan sentiasa doakan moga ukhuwah kita ni kekal dan diredhai. Nini akan sentiasa doakan kebahagiaan dan kecemerlangan kita bersama dunia dan akhirat. Nini sayang sangat kat Umai! "D Sama-sama kita tempuh dugaan dan cabaran dalam hidup ni. Ukhuwah Fillah Abadan Abada. Insya Allah....*

p/s:Umai....datangla rumah nini...huaaaa. Nak belajar masak lagi dengan Umai. Jarak kita tak jauh mana pun. Hehe...Kg Jawa dengan Jalan Kebun tu sebelah-sebelah je. Ngahaha. 


Short Story 2

Assalamualaikum wbt...

Suatu petang yang terik...
Di dapur...

*Nini sedang menumbuk beras,ready untuk buat masker*
*Abi masuk dapur nak buat maggi*
Abi: buat ape tu? (dengan muka pelik)
Nini: buat masker,hehe
Abi: pakai beras?
Nini: Haah
Abi: bedak sejukla ni?
Nini: hehe
Abi: yang kat kedai tu tak boleh pakai ke?
Nini: Boleh.
Abi: Kenapa pakai beras?yang kat kedai tu tak elok ye?
Nini: tak adalah.tapi Ummi kata pakai beras elok.
Abi: Ouhhh...
*diam*
Abi: Abi dulu-dulu pakai pulut hitam,tu yang jadi macamni sekarang.
Nini: hehe =.="

Ngahahaha,abi...
He is a funny guy actually. Tapi lawak-lawak yang abi buat err....hehe...sangat selamba yang mampu buat kami semua tersengih je sebab abi sendiri pun tak gelak. =D
Orang kata tu nak control macho.
Nini kata tu nak control ego.
Ahah!
Tapi kalau Abi gelak,selalunya semua akan tergelak sekali.
Itulah ABI nini.



Short Story

Assalamualaikum wbt...

This story involved The Mother,The Eldest and The Youngest.
One fine day...
Lunch time...

(malay version now)
HUDA: Huda tak suka makan sayur.
UMMI: Huda kena makan sayur,biar jadi sihat,biar cepat besar,biar jadi kuat.
*huda buat muka tak suka =( *
UMMI: Eh,K.nini dulu, waktu kecil-kecil,suuuuuka makan sayur. K.nini makan carrot,makan timun,makan sawi...
*Nini tersengih-sengih bila nama disebut untuk dijadikan contoh,hehehe*
HUDA: Sebab tu K.nini gemuk!
NINI: =.="

Waaaarrrrrggghhhh!!!geramnya!!!
That came from a 5 years old little girl.
5 YEARS OLD!!!
Hebat betul bahasa budak ni.

p/s:K.nini tak gemuk lagi okay!Masih lagi kurus.Ehem. Muka je chubby sikit. heh!And makan sayur takkan menggemukkan! Ouh well,kan baru 5 tahun. Terangkan panjang lebar pun takkan faham.