Achu's Wedding

Assalamualaikum wbt

"We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly"


27 December 2014, 
The day that marked Achu's new step in life. 
Th only lady among her siblings of Hj Zamri's family. 
The end of all the waits. 

I carry the duty as her bridesmaid on her big day. It is a great honor to being able to do so.


I was besides Achu all the time, holding her cold hands that were shaking. Nervous. I bet her heartbeat increased each time the clock ticked. And it was even nerve-wrecking when the Imam has arrived, ready to start the solemnization ceremony. 

As usual, the ceremony starts with khutbah nikah that explains the purpose of marriage, the responsibilities that must be carried for both husband and wife and other things related to it. 

For the people who really give attention to the content of the khutbah, you will be really touched to know how Allah is very compassionate and loving when He gives the feelings of love between humans and allow them to be united in a blessed way. On the other hand, you will also realize that marriage is not an easy thing. You will need to carry big responsibility as a husband and a wife, to the family members of the partner, and soon, if Allah wills, as a mother and father of future mujahid/mujahidah. 

A marriage is one of the way to build a better generation. A better ummah. 

Atok was the one who carried the duty to marry them both, and this is his first time since Achu is the only daughter in the family. I know Atok is just as nervous as the bride and groom when he mistakenly said " Aku nikahkan dikau Mohd Aris Mohd Jaafar dengan anakku Mohd Zamri bin Mohd Sarap...". Hahhahha. That's his name!! All that were present burst into laughter, while the Imam can only shook his head and smile. 


But alhamdulillah, all went well. Achu is now officially a wife. I saw her tears falling down slowly and her hands were shaking even more when the du'a was recited. 


The wedding was held on the same day at KK Club Melawati. 

For every wedding, it is a day of gathering for friends and families. Those that have not met for a very long time, those that are living in great distance, those that are near, and those that are close. It unites all. 

That day, the bride and the groom were the prettiest and the most charming of all. With beautiful decorations of the hall, stunning and elegant outfits, delicious food; I saw smiles and happy faces everywhere, filling up the atmosphere. It was indeed the best day of the year. 





Alhamdulillah. A blessed day. 
May Allah shower both of you, Achu Ita and Uncle Aris, with His blessings and His love. May we all will always be guided toward a straighter path, and together, enter the Jannah. Insya Allah. 

Selamat Pengantin Baru Achu!



Sketch Tools

Assalamualaikum wbt

The start of study week.
I'm waiting for the day after today to go back home. 
While waiting for that, these tools gonna be my companion for a while. 


This has been my favourite past time since I was small.
I must admit, I am not a creative person. I only know how to copy other people's sketch. I've tried doing it few times, on my own, using my imagination, but it turned out ugly.

*sigh*

But I know I'm capable to do this on my own. I mean, using my ow draft, sketch and vision. I just need to brush it up a little bit more ey? 



Hectic Final Week!

Assalamualaikum wbt

It's the final week and everyone is struggling to death in order to finish up the assignments that are piling up. 
Thus, is the students life.
May He ease all of us.


I wanna go home! =(



Angan

Assalamualaikum wbt

Berangan kejap
Hiks!


Okay, balik ke realiti.

MindRant 11

Assalamualaikum wbt

Beginilah dakwah dan tarbiyah sepatutnya. Membawa bersama orang yang dikasihinya.

"Sesungguhnya seorang muslim itu apabila dia berjalan di jalan dakwah, dia tidak berjalan dengan hatinya sahaja. Bahkan dibawa bersama hati saudaranya. Justeru, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalananya pasti akan terbias buat saudara seperjuangannya."------Mustafa Masyur.



Qawiy Lillah!

Assalamualaikum wbt

Ujian itu akan datang melalui perkara yang kita sangat dan teramat lemah.
Itu, untuk lihat kebergantungan kita kepada Allah swt.
Kukuhkah pautan kita padaNya?

Sabarlah dengan keimanan dan keyakinan.
Kita akan kuat, pasti.
Sebelum itu, mari betulkan niat.
Segalanya perlu hanya kerana Allah.

Ini tidak lama.
Kerana hidup ini memang tak akan lama.
Sampai masanya nanti ada ganjaran akan diberi.
Kalaulah bukan di sini, tentunya di akhirat nanti.



Silver Lining

Assalamualaikum wbt





MindRant 10

Assalamualaikum wbt


Ujian sakit berturut-turut untuk minggu ini. 
Semoga Allah beri kekuatan. 




Ada Apa Dengan Usrah?

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt,

Sudah lama menyimpan hasrat, tetapi aku hentikan kerana takut.
Aku takut untuk menulis tentang ini.
Aku takut ada perasaan yang tidak sepatutnya hadir dalam hati aku.
Aku takut, tapi  aku beranikan diri dan berharap supaya penulisan yang ini,
bermanfaat.

Usrah
Mungkin perkataan 'usrah' itu sudah sebati dalam kalangan kita yang bergelar mahasiswa. Mungkin sudah sebati dalam kalangan mereka yang berlatarbelakangkan pendidikan sekolah agama. Tetapi jangan terkejut, bila ditanya pada orang yang paling dekat dengan kita tentang usrah, dan kita ditanya semula dengan soalan "Apa itu usrah?".

Usrah, perkataan arab yang bermaksud "keluarga". Tetapi dalam konteks penyebaran dakwah, usrah adalah satu medium untuk sama-sama membantu umat Islam khususnya, bagi memperoleh ilmu-ilmu agama dan berbincang mengenai sebarang kemusykilan ataupun percanggahan pendapat. Itu, berdasarkan apa yang aku faham.

Aku mula ikut usrah pada waktu asasi. Pada umur 18 tahun. Ingat lagi pesan Abi, "Nanti dah masuk U, cari-carilah usrah bila ada kelapangan.". Jadi atas pesanan itu, aku mula mengikut usrah. Terasa seperti dipermudahkan bila naqibah aku adalah bekas anak murid Ummi sendiri, jadi aku tak ada banyak masalah untuk biasakan diri.

Of course, banyak yang aku pelajari dan aku peroleh. Perlahan-perlahan aku mula mengikuti program daurah, rehlah dan sebagainya yang juga merupakan sebahagian daripada wasilah tarbiyah. Selain itu ada lagi program-program lain seperti mukhayyam(perkhemahan) dan MABIT (Malam Bina Iman dan Taqwa). Aku cuba hadiri setiap halaqah dan program-program yang dibuat. Jarang sekali aku tak dapat hadirkan diri.

Ujian
Namun semuanya mula berubah apabila aku mula masuk degree. Kumpulan usrah aku mula dirombak dan aku diberi kumpulan baru, bersama naqibah baru. Aku mula jadi tidak biasa. Waktu tu aku tak faham kenapa perlu ada rombakan. Bermaksud aku belum faham apa tujuan usrah tu sebenarnya. Soalan aku juga tidak mendapat jawapan yang dapat memuaskan hati. Semuanya seperti samar-samar. Sehinggakan aku mula mempersoalkan banyak perkara tentang perlaksanaan usrah.

Apabila berlaku sekali lagi rombakan kerana naqibah aku berkahwin dan berpindah, aku kebetulan sudah mula sibuk dengan program-program kolej. Setiap kali dimaklumkan tentang kehadiran usrah pada minggu tersebut aku pasti  tidak dapat hadir kerana kekangan program di kolej. Sehinggalah kali ketiga atau keempat berturut-turut aku tidak dapat hadir, aku tiada lagi mendapat mesej daripada naqibah. Itu, lagi buat aku bertanya dan kecewa. Dan mulai itu juga, tanpa sedar aku mula jauh daripada usrah.

Kosong
Hampir setahun juga aku tinggalkan usrah. Lain rasanya apabila tidak mengikuti usrah. Terasa diri sudah banyak lalai dan kurang diingatkan.

Yes. Untuk seseorang yang sudah terbiasa dengan usrah, dia akan merasakan bahawa usrah itu adalah salah satu wadah untuk memperbaharui iman. Dalam hari-hari biasa mungkin hatinya sudah dibahagi-bahagikan kepada pelbagai komitmen lain yang bisa membuatkan diri lalai dan jauh daripada mengingati Allah. Jadi dengan usrah pada setiap minggu itu sekurang-kurangnya dapat mengumpulkan kembali hati dan jiwa yang telah berpecah-belah, dan menyatukannya melalui diskusi-diskusi ilmu, tadabbur Quran dan ukhuwah sesama ahli usrah sendiri.

Sedar akan kelemahan diri dan sedar usaha yang perlu aku lakukan untuk mengejar redha Allah, maka aku kuatkan diri, dan minta seorang rakan rapat untuk carikan usrah. Akhirnya, selepas hampir setahun, aku kembali dengan usrah. Nak menangis rasanya waktu tu. Terharu sebab ada yang sudi membantu, terharu sebab ada yang sudi menerima, terharu sebab Allah permudahkan jalan.

Dan mulai dari hari itu, tarbiyah aku bermula semula. Aku anggap itu sebagai usrah yang pertama kali kerana tempoh aku tinggalkan tu terlalu lama.

Kefahaman
Awal semester ini, aku hadiri program Gathering Ikram Siswa yang menggabungkan semua ahli-ahli usrah di bawah Ikram. Pada program inilah aku memperoleh lebih kefahaman tentang konsep usrah yang sebenarnya. Peserta diterangkan dengan terperinci tentang tujuan usrah, cara perlaksanaannya, mengapa perlu ada rombakan, mengapa perlu ada wasilah tarbiyah yang lain, apa itu muwasafat tarbiyah dan apa itu maratib amal. Kami juga dijelaskan tentang kepentingan usrah dalam kehidupan dan mengapa ianya perlu untuk membentuk umat Islam yang kuat demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

Soalan-soalan aku terjawab. Aku yakin ini jalan yang betul dan penjelasan yang telah diberi menguatkan semangat dan keyakinan untuk terus mengikuti usrah.

Aku ingat lagi ada kawan usrah pernah bercerita, mereka ditanya tentang sejauh mana kesanggupan mereka untuk mengikuti usrah. Adakah sekadar mengisi masa lapang? Adakah akan berhenti bila sudah habis belajar? Adakah mampu untuk teruskan usrah apabila sudah berkahwin dan berkeluarga nanti?

Itu... soalan-soalan yang sangat menyentap jiwa.

Pengikat Hati
Usrah adalah pengikat hati-hati yang sedang mencari keredhaan Allah. Yang mahu dengan sungguh untuk masuk ke syurga. Yang rela untuk berkorban sedikit masa dan tenaga dan mungkin juga kasih sayang, demi menjadi individu yang lebih baik, soleh dan solehah, dan mendapat tempat di sisiNya nanti.

Aku orang yang beruntung kerana ditunjukkan padaku jalan yang lurus dan benar. Mahu tidak mahu saja perlu aku putuskan. Aku bersyukur, aku putuskan untuk mengikutinya walaupun ada susah dan payah yang perlu aku tempuh. Itulah cabarannya. Dan aku adalah orang yang rugi andai aku tidak usaha merubah diri ke arah yang lebih baik setelah melalui fasa-fasa tarbiyah.

I'm far from reaching the perfection. Far from being a perfect muslimah. Jauh sekali juga untuk menjadi seperti wanita-wanita di zaman Rasulullah yang peribadinya dan kisah-kisahnya sangat aku kagumi. Orang-orang terdekat tahu apa kelemahan dan kekurangan aku. Tetapi aku tahu aku perlu usaha ke arah itu. Langkah ku ini masih perlahan kerana pernah aku melangkah jauh sehingga aku sesat dan akhirnya berpatah semula. Tetapi tidak mahu aku terlalu lambat kerana takut tertinggal, jadi aku harus pantas. Ajal juga tidak menunggu.

Semoga sampai bila pun, aku akan tetap istiqamah di atas jalan ini. Jika aku mampu dan cukup kuat nanti, mahu aku bimbing sekali insan lain yang masih tercari-cari ke mana mahu pergi. 

Coretan ini setakat di sini. Moga ada manfaat buat yang teserempak dan membacanya nanti.
Semoga dipermudahkan dan diizinkan. 
Insya Allah. 



Stress

Assalamualaikum wbt

Muntah-muntah dan berangin perut.
Badan lesu dan sejuk-sejuk je rasa.
Atas nasihat kawan, dan Ummi, aku gagahkan juga ke PKU.

"Ikutkan rekod sebelum ni awak ada gastrik ni", kata doktor.

"Haah, memang saya ada gastrik"

"Jadi pastikan waktu makan sentiasa jaga. Dah tahu ada gastrik, janganlah tinggal makan. "

Dalam hati, "Semalam aku makan full meal kot pagi sampai malam. Aduh."

"So jaga makan, and jangan stress"

Aku diam.

"Stress?"

Terasa macam nightmare bila doktor kata,
"Kena kurangkan minuman kafein, elak makanan pedas, sayur-sayur yang menyebabkan angin, dan jangan stress."

Di penghujung rawatan pun doktor pesan lagi,
"Yang penting jangan stress ye!"

Aku keluar dari PKU dengan 'ubat kapur' yang paling aku tak suka, sambil fikirkan
"Aku stress ke?"