Tidak Selamat

Assalamualaikum wbt

Aku terasa macam semua orang tak boleh dipercayai.
Hati-hati, anda sedang diperhati.


Setahun Lagi

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, Malam Perwarisan melabuhkan tirai.

Aku tentunya orang yang rugi andai aku tinggalkan medan ini sebelum melangkah kaki untuk mencuba. Dan aku bersyukur kerana aku dikurniakan nikmat sebegini hebat untuk merasai penat lelah memegang amanah biarpun ini bukan yang pertama kali.

Jujur, selama setahun, terlampau banyak yang diperolehi. Banyak ilmu yang dipelajari, banyak pengalaman yang dilalui. Aku kerdil tanpa semua, dan aku masih kerdil dengan adanya semua. Mungkin kebanyakan masa aku elakkan untuk bersama. Namun bila semua bersua, tidak pernah tertinggal senyum dan tawa. 

Ini bukan organisasi biasa. Ini sebuah keluarga. Dengan mereka, aku belajar kerjasama. Aku belajar untuk bertolak ansur. Dengan mereka, aku peroleh kekuatan dan keyakinan untuk teruskan apa yang sedang aku laksanakan. Dan paling penting, dengan mereka, aku belajar untuk meminta bantuan. Bukan pendam dan diam mengharap diri sendiri untuk hadap. Itu tujuan hidup bersama. Saling bantu-membantu tanpa berkira. 

Untuk hari ini, ada beban yang telah berkurang, namun tidak gugur dari bahu kerana bakal dihitung di penghujung waktu dunia dengan mizan yang paling tepat dan adil. Untuk hari ini, saat ikrar dilafaz, satu lagi beban ditambah ke bahu untuk menguji keimanan dan kekuatan diri. Andai adil dan amanah, maka beratnya di penghujung nanti akan ke kanan. Namun andai ianya terjadi sebaliknya, aku adalah orang yang gagal dalam menjalankan tanggungjawab ini. 

Mohon ampun dan maaf pada segala kurang dan khilaf.
Terima kasih untuk semua.
Semoga dipermudahkan, untuk perjuangan satu tahun lagi.
Biiznillah.




Yesterday's Confession

Assalamualaikum wbt

Yesterday was a confession. 
At last. 

Just because I cannot continue to pretend in front of my own beloved mother anymore. So she knew it all now. But I have a very strong feeling that she has already knew about this. Well, a mother's instinct.

And,

Just because  I cannot pretend in front of myself everyday anymore. So in the end of the conversation, I cried wholeheartedly while laying myself on my mother's lap. It's not that I purposely lie to myself in the days before yesterday. It's just that I do not want to show that I'm weak.

I hold my tears just because I don't want people to see me in sadness. I want to show the world that I am strong and I am totally okay with whatsoever things that are going on in my life. That I have moved on. But then, I personally thought that crying is not a sign of weakness. It's just a way for a person to let go of all the aches inside the heart. So it is okay for you and me to cry.

I did that.
And I am all okay.


First Date Kami

Assalamualaikum wbt

Assignment last dihantar direct ke bilik pensyarah sekitar jam 10 pagi tadi. Fuh3! Alhamdulillah, akhirnya tibalah hari yang dinanti-nantikan.  Semua dah berakhir. 14 minggu sudah ditempuh. Semester paling menggila sepanjang menuntut ilmu di sini kerana tugasan yang bertimbun-timbun ditambah dengan procrastination yang menjadi-jadi di saat akhir. Sekarang tinggal tunggu masa je untuk hadap pertempuran terbesar.

Hari ini, plan yang dibuat 2 minggu lalu dengan Fai alhamdulillah menjadi. This partner in 'crime'. Dua tahun pergi makan sama, belajar sama, gurau sama, tapi tak pernah sekalipun ada peluang keluar berdua suka-suka. Nah! Ambik kau harini pulun berjalan, semua kedai nak dijenguk, macam kaki tu dah takkan jejak kat Mines lagi lepasni.



Terasa nikmatnya harini dapat luang masa dengan kawan sebab rasa lega semuanya dah selesai. Tak perlu nak rushing siapkan tugasan. Tak perlu risau dalam kepala ada kerja yang tak siap. Duduk, makan, minum kopi, borak hal itu ini, that's a great pleasure!

Well actually we both had been listing out our food list that we had not yet tried out. Aku kira list tu dah boleh jadi khazanah paling berharga sebab sudah terlalu lama ia disimpan, tak pernah nak terlaksana. Kemudian tibalah suatu masa bila aku putuskan untuk berikan sedikit manipulasi terhadap senarai yang dibuat. Instead of listing out perkara yang belum, aku suggest listkan perkara yang sudah. With this way, tak adalah rasa tidak sempurna bila list belum kena cross out. Surprisingly, you'll be grateful instead for the meals that you have had.

Maka hari ini, Allah murahkan rezeki. Planning yang asal tak terlaksana, tapi tengok-tengok akhirnya dapat merasa hidangan dari 2 tempat makan. Untuk hari ini, duit sudah disimpan siap-siap sebaik diajak dengan kata 'Hari Jumaat last tu nanti kita keluar nak?'. Maka bolehlah menikmati hidangan yang sedikit luar biasa harganya dan rupanya dan juga rasanya berbanding hari-hari biasa yang dilalui di Nabila Cafe. hahaha.

Teppanyaki
 Oh lupa. Kempunan aku pada secawan kopi penuh berbuih juga dapat dipenuhi akhirnya.

Sweet Chat's Cappuccino and Bread Story's Double Impact Bread
Seperti biasa, gambar 'tiada' muka. Macam mahu kata 'because pictures that show faces are too mainstream'. Ehehehe.


Dan,
Di penghujung perjalanan hari ini, hujan lebat kami redahi, dengan payung sekaki, dan perasaan yang senang hati. Ini aku kira penutup bagi perjuangan semester ini. Moga lebih kental untuk terus berjuang lagi. Alhamdulillah untuk hari ini. =)

 

Get Back to Sketch

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah.
New sketch book.


Now lets' get back to work!

Home, by Marie Digby

Assalamualaikum wbt


(Verse)
The mist is rising slowly from the shore
Hills are singing me softly songs before is known

(Pre-Chorus)
In my heart I knew I was home
‘Cause I had dreamed this all long ago

(Chorus)
I was home
I was home

(Verse)
Faces passing, kids laughing in the streets
Rows winding, birds flying high between the trees

(Pre-Chorus)
In my heart I knew I was home
‘Cause I had dreamed this all long ago

(Chorus)
I was home
I was home

(Bridge)
I walked past cliffs where the youth would go
Filled with wide I wondered I’m not alone

(Chorus)
I was home
I am home
I am home


7 weeks and has not yet gone back to my home sweet home.
I need to go home now! =(


MindRant 6


Masih aku ingat, suatu ketika,
Zaman persekolahan yang naif,
Aku dan rakan-rakan seperjuangan pernah dilabel 'bodoh sombong'.

Sedangkan,

Mereka hanya nampak.
Mereka tidak pernah bertanya.
Mereka tak tahu 'struggle' kami.
Yang mereka tahu hanya menuding jari,
Lalu persalahkan kami,
Lantas digelarlah kami 'bodoh sombong'.

Dunia ni, macam-macam orang.
Mahu diberitahu segala di sini, tapi tentu ada yang akan perhati.
Melalui kuasa, perwatakan manusia kan tampak jelas nyata.



Internet Addict

Assalamualaikum wbt

Aku boleh hadap facebook, blog, tumblr, flickr, stumbleupon dan pinterest sehari suntuk.
Mau tambah lagi twitter??!
Kerja gila.
Aku boleh mati depan laptop.


The Hopeless Romantic

Assalamualaikum wbt



Oh. Am I?
sigh


Menyusun Langkah di Jalan Dakwah

Assalamualaikum wbt

"Selagi engkau menulis, tiada siapa yang dapat menghukummu atas pendapat yang engkau berikan. Tiada siapa yang dapat menyekat engkau daripada menyampaikan pendirianmu. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang menyampaikan, hingga seruan Ibrahim di lembah gersang yang kosong dan kontang, masih memanggil manusia datang, kerana yang menyampaikannya adalah Dia. Satu-satunya penyebab kebenaran tidak bertebaran ialah apabila yang menemuinya, tidak menemukan orang lain dengan kebenaran itu. Diam membisu, tunduk kepada tekanan yang cuba mendiamkanmu, justeru jangan kaubiar mereka menyekat perjanjian engkau dalam intima' dan wala' dengan Tuhanmu" 

Dipetik daripada kata-kata Ust Hasrizal Jamil di lamannya. 

Aku sedang mengumpul kekuatan dan ilham untuk mengorak langkah lebih jauh dalam bidang penulisan. Menulis sesuatu yang lebih ilmiah dan yang lebih lantang dalam menyampaikan pesan. Kerana aku yakin ini medan dakwah aku. Aku harus berani! Semoga ini bukan angan-angan semata. Semoga ini bukan kata-kata kosong. Semoga dipermudahkan. Insya Allah.